Hati



Hati itu ada tiga;
Qalbun Salim,
Qalbun Maridh,
Qalbun Mayit.

Qalbun Salim;
Hati yang sejahtera. Beriman sepenuhnya kepada Allah dan Rasul. Suka kepada teguran dan benci kepada pujian. Sentiasa untuk Allah.

Qalbun Maridh;
Hati yang sakit. Banyak buat maksiat tapi masih boleh diubati. Masih boleh menerima teguran dan ada usaha ke arah kebaikan.

Qalbun Mayit;
Hati yang mati. Teguran dibalas dengan cacian. Dambakan kuasa dan harta. Cintakan dunia dan takutkan mati. Hati gelap.

Peta Hidup

SPG

Posted in

Spread the love

Tempat Menarik Di Terengganu


Tempat Menarik Di Terengganu. Terengganu mempunyai berbagai lokasi pelancongan menarik. Terengganu negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik. Jom kita tengok!


1. Pulau Redang

Nak berehat sakan? Jom kita ke Pulau Redang. Pelbagai aktiviti air ada di sini.






 


2. Pulau Kapas

Pulau Kapas di Marang, Terengganu ini cukup terkenal dengan pasirnya yang memutih serta air lautnya yang jernih.



3. Pulau Perhentian Besar

Selain Redang, Terengganu juga mempunyai Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil buat kaki selam.






4. Pantai Batu Buruk

Terengganu memang terkenal sebab pantainya cantik. Tapi tidak banyak yang boleh menewaskan Pantai Batu Buruk. Ia ditambah mempunyai 10 buaian untuk kemudahan pengunjung.






5. Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu adalah tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Antara tarikan ada di sini adalah Kenyir Waterpark, Taman Santuari Kelah, Air Terjun Langsir, Kenyir Elephant Village (KEV) dan banyak lagi.




6. Pulau Perhentian Kecil

Terletak 10 batu nautika dari persisiran pantai Terengganu, Pulau Perhentian Kecil adalah pulau untuk kaki percutian bajet.



7. Rantau Abang

Salah satu pantai yang popular di Terengganu adalah Pantai Rantau Abang yang terletak 62 km dari bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari bandar Dungun.



8. Muzium Terengganu

Muzium Negeri Terengganu yang dibina seperti istana kayu lama ini adalah antara muzium yang terbesar di Asia



9. Pasar Payang
Mahu bawa pulang cenderahati dari Terengganu atau ingin mencari batik untuk pakaian pejabat? Pasar Payang mungkin tempat yang paling sesuai membelinya.




10. Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Terengganu ini adalah taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia.





11. Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Terengganu memang terkenal dengan pantai, tetapi itu bukan bermakna ia tiada zoo.




12. Masjid Terapung Terengganu
Sebelum Melaka, Terengganu telah pun mempunyai masjid terapungnya sendiri di Kuala Terengganu. Masjid Terapung ini terletak di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.



13. Kompleks Kraf Noor Arfa

Kompleks Noor Arfa Craft adalah antara kompleks batik paling terkenal di Terengganu.









14. Bukit Puteri

Mahu lihat panorama Kuala Terengganu dari tempat tinggi? Jom naik Bukit Puteri.




15. Bukit Panorama Kuala Terengganu

-Pemandangan menarik daripada bahagian atas Bukit Panorama.



16. Memorial Batu Bersurat

Penemuan Batu Bersurat pada tahun 1887 di tepi sungai Padang Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang membuktikan Terengganu adalah negeri yang terawal menerima Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa ini Batu Bersurat tersebut dipamerkan di Muzium Negeri untuk membolehkan generasi hari ini melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah batu tersebut. Kerajaan Negeri Terengganu telah mewujudkan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang tempat penemuan batu tersebut sebagai tempat kajian dan kunjungan penduduk tempatan dan pelancong untuk melihat replika batu bersurat. Batu Bersurat yang sebenarnya telah di tempatkan di Muzium Negeri Terengganu.



17 – Rumah Haji Su 

Rumah bersejarah di Kampung Losong Kuala Terengganu jadi produk pelancongan terbaru di Terengganu. Bangunan ini mempamerkan keunikan dan kehalusan seni bina rumah Terengganu.
18. Kampung Cina

Kampung Cina ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti kedai cenderamata, kedai kopi, pejabat, kedai pakaian, restoran dan pelbagai lagi. Kesemua yang terdapat di sini masih mengekalkan tradisi warisan Cina terdahulu. Jika berada di sini, perhatikan keunikan struktur bangunan lama yang masih elok dan antik. Bagi peminat fotografi, tempat ini memang sangat sesuai untuk mengasah bakat anda




Sumber jomjalan, Terengganu Times
SPG

Posted in

Spread the love

Suatu Kelahiran



LAHIR DAN BATIN

Sebagai seorang lelaki
Ayah selalu menyembunyikan airmatanya
demi cinta yang tak ingin ia sakiti
yaitu kepada sang istri.

Sebagaimana seorang wanita
Ibu tak segan berairmata
demi suami yang butuh mengerti
bahwa tangis wanita
pertanda masih adanya hati.

Namun ada dua peristiwa
yang akan meleburkan airmata mereka berdua
airmata yang tak sedikitpun menandakan duka.

Dengan berairmata Ibu berkata
“Ayah, anak kita telah lahir…”
Ayah melihat sesosok bayi
yang memadukan wajah mereka berdua
tengah terbaring di sebelah payudara ibunya.

Dalam airmata yang kian menua, Ayah berkata
“Ibu, anak kita telah batin…”
Ibu melihat anaknya
tengah duduk mengucap janji suci
di sebelah payudara mempelainya.

“Anak kita kini telah lahir dan batin.”
tangis mereka.

2010
Norman Adi Satria
SPG

Posted in

Spread the love

Perkhidmatan Pemasangan Blog Shopping Cart


Perkhidmatan Pemasangan Blog Shopping Cart. Shopping Cart  atau 'bakul pembelian' selalunya dibina menggunakan website. Shopping cart berfungsi memudahkan pembeli memilih barangan selain urusan pembelian dan pembayaran. Memiliki kedai shopping cart tentunya akan lebih mempopularkan perniagaan anda, selain kerja-kerja promosi yang minima.

Walaupun website lebih advance berbanding blog, tetapi ianya kurang sesuai terutama kepada para peniaga kecil, kenapa?
  • Pembuatan yang sofistikated - upah yang mahal untuk membina dan maintanen
  • Memerlukan pembelian hosting dan domain yang memakan kos tahunan antara RM120 hingga ribuan ringgit
Sebagai penyelesaiannya, anda boleh menggunakan blogspot yang boleh didapati secara percuma. Bagaimanapun untuk setup sebuah blog jenis shopping cart adalah sesuatu yang agak sukar, memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Tak mengapa, saya menawarkan pembuatan blog shopping cart yang cukup murah disamping memastikan anda boleh melakukan maintannance sendiri seperti menambah/edit produk ke dalam blog shopping cart anda.

Pada masa ini saya menawarkan harga cuma RM100  (berbanding harga biasa antara RM250 - RM500) untuk upah setup blog shopping cart anda, meliputi:
  1. Membuat akaun gmail
  2. Membina fan page facebook
  3. Design blog
  4. Memasukkan 10 produk permulaan
  5. Widget Statistik Pengunjung
  6. Chat box
  7. Borang tempahan
  8. Tutorial membuat posting (memasukkan produk)
  9. Tutorial dan software membuat gambar.
Harga ini adalah untuk masa terhad. Saya akan menaikkan harga ini pada bila-bila masa. Cepat rebut peluang keemasan ini.

Sila ke link berikut untuk melihat blog contoh KLIK

Untuk menempah anda cuma perlu membayar pendahuluan RM20, selebihnya RM80 dibayar setelah blog shopping cart anda disiapkan. Jika berminat, sila WhatsApp 01119979316


SPG

Posted in

Spread the love

Bukit Puteri


.
Bukit Puteri yang terletak di kawasan Bandar Kuala Terengganu dan berhampiran muara Sungai Terengganu merupakan tarikan pelancongan menarik, berupa sebuah bukit yang unik, menyimpan banyak sejarah dan misteri. Lokasi Bukit Puteri ialah bersebelahan dengan Istana Maziah, berhampiran dengan Pasar Besar Kedai Payang, Bazar Warisan dan Taman Shahbandar di Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Bukit Puteri ialah 0.688 Hektar.


Satu Peninggalan Sejarah 

Negeri Terengganu Darul-Iman adalah antara negeri-negeri di Malaysia yang memiliki kisah-kisah sejarah yang menarik. Menurut sejarawan, Negeri Terengganu telah dibuka sebelum munculnya Negeri Melaka. Antara kisah-kisah sejarah yang termasyhur di negeri ini ialah kisah Batu Bersurat di Kuala Berang, sejarah Hj. Abd. Rahman Limbong, Bukit Puteri dan lain-lain lagi. Namun terdapat satu peninggalan sejarah yang dianggap begitu menarik di negeri ini. Sejarah yang dimaksudkan itu ialah Bukit Puteri yang terletak di pinggir kota Darul-Iman. 

Kesan-kesan peninggalannya jelas dapat dilihat hingga sekarang. Bukit Puteri mungkin menjadi masyhur jika cerita atau kajian mengenainya diberikan publisiti yang lebih meluas. Lokasinya yang terletak di dalam kesibukan bandar menjadikan Bukit Puteri tampak hebat jika dibandingkan dengan tempat lain hinggakan bagi sesetengah pencinta sejarah, mereka berpendapat Bukit Puteri adalah lambang sejarah negeri. Bukit yang tingginya lebih kurang 200 meter ini letaknya berhampiran dengan Istana Maziah ( iaitu sebuah istana yang dibina bagi menggantikan Istana Hijau di kaki bukit yang telah terbakar pada tahun 1882 ). Luas kawasan bukit ini dianggarkan kira-kira 0.688 hektar. Kajian sejarah menunjukkan bahawa Bukit Puteri ini sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1. 


Puteri Bunian


Terdapat pula berbagai-bagai cerita dan kisah menarik mengenai asal-usul nama Bukit Puteri ini. Ada cerita mengatakan Datok Bendahara Padang Saujana Johor telah menghantar wakilnya iaitu Megat Seri Rama untuk memerintah Terengganu pada kurun ke-17. Namun pada masa itu bukit ini sudah dikenali sebagai Bukit Puteri. Kisah yang lain pula menyatakan bahawa Bukit Puteri berasal dari nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang datang ke Terengganu dan membuka bukit ini. Tetapi kisah yang paling menarik, didapati daripada cerita penduduk-penduduk kampung disitu. Kebanyakan cerita mengatakan bahawa pada zaman dahulu bukit ini menjadi kediaman bagi Puteri Bunian.

Penduduk kampung ketika itu selalu datang berjumpa Tuan Puteri untuk meminjam pinggan mangkuk bagi mengadakan majlis nikah-kahwin atau majlis keramaian yang lain. Malangnya ada di antara mereka yang tidak memulangkannya kembali dan ada yang pecah pula tidak diganti. Oleh kerana sikap penduduk-penduduk yang tidak amanah itu, Tuan Puteri telah merajuk dan lari ke Bukit Bintang di Daerah Besut. 

Menurut Puan Fatimah, 40 tahun pula, yang pernah tinggal berhampiran bukit itu berkata nama Bukit Puteri diambil sempena nama puteri tujuh beradik yang tinggal di atas bukit itu. Kononnya puteri-puteri itu adalah sebagai penunggu bukit. Ada juga cerita yang didapati daripada mereka yang naik ke atas bukit itu yang tercium bau harum semerbak kononnya adalah bau puteri tersebut. Menurut surirumah itu lagi, lagu ‘Ulek Mayang’ ada kaitannya dengan kisah puteri tujuh beradik ini. Walau apapun, kesimpulan yang dapat difahami menunjukkan bahawa nama bukit ini adalah berkaitan dengan Tuan Puteri. 



Perebutan Kuasa 

Jika dibandingkan dengan bukit-bukit lain, Bukit Puteri jauh lebih kecil dan kawasannya tidak begitu luas. Akan tetapi mengapakah bukit ini tiba-tiba saja menjadi terkenal?. Segalanya berlaku pada kurun ke-18 di mana berlaku perebutan kuasa diantara tiga pihak yang ingin menguasai pentadbiran Kuala Terengganu ketika itu. 
Dalam peristiwa tersebut, perebutan kuasa di antara Baginda Umar dengan Sultan Mansur Syah 11 dan Sultan Muhammad 1 bukit ini telah terkenal sebagi kubu atau benteng pertahanan untuk mengawal serangan-serangan musuh. Perbalahan ketiga-tiga pihak ini akhirnya membawa kepada satu rundingan, di mana Tengku Mansur telah dilantik menjadi Sultan Terengganu. Sementara Tengku Umar pula dilantik sebagai Yang DiPertuan Besar. Namun begitu, pertelingkahan mereka tidak lagi padam. Sikap ingin menunjuk kuasa masing-masing ditambah dengan pertelingkahan yang sedia ada, rupa-rupanya telah mencetuskan satu perang saudara antara pihak Tengku Mansur dan Tengku Umar.

Tengku Umar telah mengambil kesempatan menggunakan Bukit Puteri sebagai benteng pertahanan dari serangan Tengku Mansur yang berkubu di kawasan Balik Bukit. Namun begitu akhirnya Tengku Umar terpaksa mengalah dan meninggalkan Bukit Puteri. Mengikut catatan sejarah, Tengku Umar telah melarikan diri ke Besut kemudian ke Daik.

Tengku Mansur yang bergelar Sultan Mansur Shah terus berkuasa semula dan memerintah takhta kerajaan Negeri Terengganu. Setelah kemangkatan Sultan Mansur Shah 11, Sultan Muhammad 1 telah dilantik menggantikan beliau. Dalam masa yang sama Tengku Umar yang melarikan diri ke Daik pulang ke Terengganu merampas takhta kerajaan negeri Terengganu dan orang-orangnya telah menyerang Bukit Puteri yang ketika itu menjadi tempat bersemayam Sultan Muhammad 1. Di sini berlakunya pertempuran hebat antara kedua belah pihak. Setelah pertempuran sengit berlaku, kekalahan berpihak kepada Sultan Muhammad 1. Lalu beliau terpaksa berundur ke Dungun. Dan giliran Tengku Umar pula yang menguasai Bukit Puteri.

Sultan Muhammad 1 yang disingkirkan tidak berputus asa meminta pertolongan Tengku Hitam bagi menewaskan Tengku Umar. Beberapa bulan kemudian, gandingan Sultan Muhammad 1 dan Tengku Hitam dari Dungun cuba untuk menyerang Tengku Umar yang berkubu di Bukit Puteri dalam usaha merampas kembali takhta kerajaan. Malang cubaan mereka gagal.



Kubu Dari Madu 

Adalah dipercayai bahawa kubu yang dibina oleh Baginda Umar ini diperbuat daripada batu-bata, madu dan kapur. Dari rentetan sejarah ini, jelas menunjukkan bahawa Bukit Puteri amat penting satu ketika dahulu sebagai kubu pertahanan yang kuat. Ini adalah mungkin disebabkan kedudukan fizikalnya yang begitu strategik yang menyukarkan pihak musuh menyerang. Kesan peninggalan kubu itu masih dapat dilihat dengan jelas hingga ke hari ini. 

Apa yang menarik perhatian dalam kawasan kubu ini ialah terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Rumah Api. Rumah Api ini tingginya lebih kurang 10 meter. Terletak di penjuru kawasan kubu dan boleh dilihat dengan jelas dari muara Sungai Terengganu. 
Memandangkan penduduk-penduduk Terengganu ketika itu kebanyakkannya adalah nelayan, maka Rumah Api ini amatlah penting, bagi mereka lebih-lebih lagi untuk menentukan arah kepala muara Sungai Terengganu. Begitu juga bagi para pelayar yang sentiasa berulang alik berdagang ke serata Nusantara dengan perahu-perahu besar. Ini adalah kerana pada masa dahulu kegiatan perdagangan begitu pesat sekali. 

Satu lagi bahan bersejarah yang penting, terletak di dalam kubu ini ialah tiang bendera. Tiang bendera ini mempunyai bentuk yang agak menarik dan canggih walaupun didirikan pada zaman lampau. Ianya tidak merupakan sebatang tiang semata-mata, tetapi mempunyai palang kayu di tengah-tengahnya sepanjang 5 meter. 

Kegunaan utama tiang bendera ini adalah untuk menaikkan bendera raja apabila satu-satu istiadat kebesaran diadakan. Misalnya apabila diadakan istiadat pertabalan. 

Mengikut fakta sejarah yang tercatat, tiang bendera ini telah didirikan dengan penuh istiadat kebesaran negeri dituruti dengan tembakan meriam sebanyak 16 das, semasa upacara menanam tiang dilakukan. Tingginya lebih kurang 18 meter dan ditanam sedalam 2 meter. 

Hari yang penuh bersejarah itu telah dicatat bertarikh 22 April 1899 Masehi bersamaan 12 Zulhijjah 1319 Hijra iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin Ketiga. Namun begitu tiang bendera yang tersergam sekarang ini telah didirikan pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. 

Berhampiran tiang bendera ini juga terdapat satu runtuhan pentas batu yang dipercayai digunakan sebagai singgahsana oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Bersebelahan pentas batu ini terdapat pula sebuah lubang sebesar 1 meter persegi. Lubang ini dikatakan sebagai tempat menyimpan peluru meriam semasa perang dahulu.



Seri Bueh 


Lain pula ceritanya jika dikaitkan dengan lagenda Tuan Puteri di atas bukit ini. Mengikut cerita adalah dipercayai bahawa lubang ini adalah tempat Tuan Puteri menyimpan pinggan mangkuknya.Di gunakan untuk melawan pihak musuh. Disamping itu ia juga digunakan sebagai isyarat bagi istiadat-istiadat kebesaran negeri. Sebenarnya banyak lagi meriam yang terdapat di atas bukit ini. 

Meriam-meriam ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang buatannya dari Negara Sepanyol dan Portugis. Tidak ketinggalan juga meriam buatan dari Tanah Melayu. Meriam-meriam ini diberikan nama yang berlainan seperti Seri Johor, Seri Bueh, Seri Jamior dan Laila Majnun. Tetapi, apa yang menarik perhatian mengenai meriam-meriam ini ialah tentang 'Seri Bueh'. 

Sebenarnya Seri Bueh lebih dikenali dengan panggilan Meriam Beranak. Ini adalah kerana kedudukan meriam ini yang seolah-olah mempunyai hubungan, di mana terdapat sepucuk meriam besar yang menjadi 'ibu' kepada sepucuk meriam kecil disisinya. Oleh kerana saiz dan keadaan kedua-dua pucuk meriam ini lebih mirip kepada 'ibu dan anak' maka dengan itu ianya lebih termasyhur dengan panggilan Meriam Beranak. 

Namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa dalam tahun 1941 hingga 1945, terjadi satu peristiwa yang hampir melenyapkan sejarah meriam-meriam ini. Pada waktu itu Tanah Melayu dikuasai oleh tentera-tentera Jepun, termasuk bandar Kuala Terengganu. Tentera-tentera Jepun, ketika itu telah banyak memindahkan meriam-meriam yang berada di atas Bukit Puteri ini untuk dihadiahkan kepada Kerajaan Siam pada masa itu amat berminat untuk menjadikan meriam-meriam ini sebagai harta rampasan perang. 

Namun begitu generasi hari ini amat bernasib baik kerana usaha-usaha itu telah menemui kegagalan. Ternyata jika usaha-usaha tentera Jepun itu berhasil, hilanglah satu bahan bersejarah yang menjadi simbol kekuatan kubu pertahanan Bukit Puteri pada hari ini. 



Loceng Besar Atau Genta 

Monumen bersejarah lain pula yang turut menghiasi Bukit Puteri hingga ke hari ini ialah sebuah loceng besar. Ia juga dikenali sebagai 'Genta'. Genta besar ini ditempatkan di tengah-tengah kawasan bukit ini sejak beberapa keturunan pemerintah Negeri Terengganu dahulu. Walaupun begitu genta ini akan digantikan dengan yang baru sekiranya rosak. 

Menurut catatan sejarah genta yang ada sekarang ini telah dibuat pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin Yang Ketiga, iaitu kira-kira dalam tahun 1326H (1908 Masihi ). Genta ini diperbuat dengan menggunakan tembaga kuning dan istiadat menuangnya dilakukan di hadapan istana Maziah. Orang yang bertanggungjawab dalam pembuatan genta ini ialah Wan Ali bin Wan Awang dengan dibantu oleh beberapa tukang dari Kampung Tanjung dan Kampung Paya. Genta ini mempunyai lilitan berukuran 228cm dan tingginya lebih kurang 78cm, sementara beratnya pula ialah 175kg.

Genta pertama terdapat di atas bukit ini dikatakan dibuat pada 17 Syaaban 1270H (15 Mei 1853) iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Omar yang merupakan Sultan Terengganu yang ke-9. Genta pertama ini telah dinamakan 'Negara'. Pada masa dahulu genta ini dijaga oleh budak-budak 'raja' tetapi pada Sultan Umar hingga Sultan Zainal Abidin yang ke-3 ( 19.12.1881 - 25.11.1918 ) ianya telah dijaga pula oleh Encik Ali bin Abdullah. 

Genta ini diadakan atas tujuan-tujuan tertentu. Genta ini akan dibunyikan sebagai isyarat kepada penduduk kampung bila berlakunya kegemparan seperti kebakaran, kejadian amuk, serangan pihak musuh dan kegemparan-kegemparan besar yang lain. 

Menurut adat negeri, apabila genta dibunyikan bertalu-talu tanpa mengira masa-masa tertentu, maka sekalian penduduk akan segera menutup pintu rumah masing-masing dan kedai-kedai pun turut berkemas dan bersiap-sedia dengan kelengkapan senjata dan berjaga-jaga jika ada orang mengamuk. Sebaliknya pula jika berlaku kegemparan lain seperti kebakaran mereka akan bersama-sama menolongnya. 

Selain daripada itu, genta juga digunakan pada bulan puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tetapi cara penggunaannya berlainan pula. Genta dibunyikan pada bulan puasa mulai jam 6 petang hinggalah waktu berbuka. Dengan ini penduduk-penduduk kampung akan lebih bersedia untuk menyambut waktu berbuka. Begitu juga pada waktu bersahur. Genta mula dibunyikan pada jam 12 tengah malam dengan kecang dan dikenali dengan nama 'Goncang' sebagai menandakan waktu memasak makan sahur diikuti tembakan meriam satu das. 

Pada hari raya pula genta ini akan dibunyikan dengan kencang serta bertingkah-tingkah lagunya menandakan masuk waktu sembahyang raya. Ini juga beriringan dengan keberangkatan sultan ke masjid. Namun begitu adat ini telah dibatalkan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah. 

Semenjak itu genta ini tidak dibunyikan lagi bagi menandakan masuk atau sudahnya waktu sembahyang. Kini genta ini telah ditempatkan di dalam sebuah pondok berjaring dikenali sebagai Pondok Genta. 

Di salah satu kawasan hujung bukit ini terdapat satu kawasan kecil yang dipercayai sebagai kawasan perkuburan pada satu masa dahulu. Ini berikutan adanya beberapa batu nisan dari berlainan bentuk. Namun begitu kawasan kaki Bukit Puteri satu ketika dahulu adalah merupakan kawasan perkuburan. 
Satu kawasan kubur lagi dikelilingi oleh runtuhan batu seolah-olah sebuah kandang atau benteng bagi kubur tersebut. Kini kubur-kubur tersebut telah dipelihara dan dijaga keadaan sekitarnya supaya lebih terang dan jelas dilihat.



Bukit Misteri 

Bukit Puteri sekarang telah mula menjadi tumpuan penduduk tempatan dan menjadi daya tarikan pelancong untuk melawat warisan sejarah negeri ini. Berbanding dengan suatu ketika dahulu Bukit Puteri sekarang ini telah diperbaiki dan dibuka kepada orang ramai. 

Untuk sampai ke atas Bukit Puteri ini tidaklah perlu lagi bersusah-payah mendaki bukit yang tingginya hampir 200 meter dari aras laut. Pihak kerajaan telah membuat satu laluan mendaki dengan menggunakan anak tangga. Bukit Puteri telah diubahsuai dan dihias kembali supaya menjadi lebih menarik. 

Bagi mereka yang ingin melepaskan penat lelah selepas bekerja, Bukit Puteri adalah tempat yang sesuai bagi merehatkan fikiran. Terdapat kerusi-kerusi dan bangku yang disediakan untuk tujuan ini. Biarpun banyak perubahan dan pembaikian kemudahan dilakukan namun keaslian sejarah di bukit yang penuh misteri ini tetap terjaga. 

Mungkin masih ada lagi misteri yang belum terungkap di Bukit Puteri ini di sebalik keindahannya. Sesungguhnya wajah bandar Kuala Terengganu serta air sungainya yang mengalir tenang dilihat dari puncak bukit sungguh mengasyikkan. 

Keadaan tenang dan keindahan wajah Bukit Puteri yang sebegini mengingatkan kembali kepada kisah Tuan Puteri yang pernah menjadi pemilik bukit ini. Dengan berbekalkan lipatan sejarah, ia tersergam indah di sebalik kesibukan kota. 

Itulah Bukit Puteri, lambang sejarah negeri ….. !


SPG

Spread the love

Bazaar Warisan Terengganu


Bazaar Warisan letaknya berhadapan Pasar Payang, bersebelahan Bukit Puteri and Pusat Penerangan Pelancongan (Tourist Information Center). Bazar ini menempatkan perniagaan kraftangan Terengganu yang terkenal seperti batik, songket, barangan tembaga dan pelbagai jualan lain.

Bazar Warisan disiapkan pada Julai 2008 menampilkan senibina tradisi Melayu Terengganu yang menarik.












SPG

Spread the love

Makanan Tradisi Terengganu



Makanan tradisi Terengganu. Assalamualaikum. Posting kali ini cuma nak perkenalkan makanan tradisi yang popular di Terengganu Darul Iman. Jom kita saksikan :)

 Ikan Celup Tepung

Sotong Celup Tepung

Keropok Lekor

Laksa putih Terengganu

Laksam

Otak-otak

Sata atau Satar

Sata

 Akok

 Asam Gumpal

Ketupat Sotong




SPG

Posted in

,

Spread the love